Rabu, 26 September 2012

ECHO SOUNDER



Echo Sounder mula diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan tahun enam puluhan. Kegunaan echo sounder oleh nelayan amat kurang tetapi dalam beberapa tahun ini nelayan-nelayan di Pulau Pangkor, Mersing, Pulau Langkawi, Pulau Ketam dan Perlis telah mula menggunakan echo sounder. Alat ini kebanyakkan digunakan oleh bot-bot besar seperti bot pukat tunda dan pukat jerut.

Multibeam echosounder merupakan suatu instrument yang dapat memetakan (mendapatkan data rekaman) lebih dari satu titik lokasi di dasar perairan dalam satu ping dan mempunyai kemampuan perekaman dengan resolusi yang tinggi dari pada echosounder konvensional. Secara efektif, setiap narrow sigle-beam yang dipancarkan, ditempatkan pada titik lokasi yang berbeda di dasar perairan ketika perekaman.


 Fungsi dan Keberkesanan Echo Sounder
Pada amnya echo sounder adalah salah satu peralatan perikanan yang digunakan untuk 
 mengetahui:
Kedalaman air
Keadaan dasar laut
Kedudukan ikan
Tempat-tempat baru kawasan penangkapan ikan



Selain dari itu ia juga sesuai bagi menjalankan operasi menangkap ikan dengan menggunakan alat tangkapan yang tertentu seperti:
PUKAT TUNDA » Menentukan panjang tali tunda yang akan digunakan setelah mengetahui kedalaman air

» Membezakan antara dasar laut dengan ikan ataupun udang
» Membantu nelayan menangkap ikan secara ‘tactical fishing’ iaitu di kawasan operasi yang kedalaman airnya sama

» Mengelakkan halangan-halangan seperti batu karang, kapal karam dan sebagainya supaya pukat tidak tersangkut atau rosak

PUKAT JERUT
Juruselam tidak diperlukan untuk mengetahui kedudukan ikan
Menjimatkan masa untuk mengetahui ikan yang terdapat di bawah unjam
Mengesan ikan supaya dapat meletakkan rakit berlampu di kawasan yang terdapat umpulan-kumpulan ikan


BUBU, RAWAI DAN PANCING
» Mengetahui dasar laut yang berbatu dan topografi yang sesuai untuk meletakkan bubu, rawai atau pancing
» Mengetahui kedalaman air untuk menentukan panjang tali bubu, rawai atau pancing

Tidak ada komentar:

Posting Komentar